Rumusan
Topik 9: Pengurusan Penasihatan Murid
Topik Pengurusan Penasihatan Murid membincangkan tentang dengan memberikan tumpuan kepada tiga komponen utama iaitu bimbingan, penasihatan dan juga kaunseling. Topik ini menerangkan tentang definisi dan konsep bimbingan, penasihatan dan mentoring. Selain itu, dapat mengenalpasti perbezaan antara bimbingan dan penasihatan dan juga kaunseling dan mengetahui empat prinsip dalam pengurusan penasihatan murid.
Secara ringkasnya pengurusan penasihatan murid mempunyai tiga komponen utama iaitu bimbingan lebih kepada proses untuk membantu individu meningkatkan pemahaman manakala penasihatan pula ialah ajaran atau petunjuk yang baik kepada seseorang. Seterusnya, kaunseling merupakan satu proses pembetulan diri untuk berkembang secara biasa dengan pertolongan pakar. Krumboltz (George & Kristianni, 1990), mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien.
Pusat bimbingan dan kaunseling adalah antara pihak yang bertanggungjawab dalam pentadbiran pengurusan penasihatan murid. Pusat bimbingan dan kaunseling memainkan peranan dengan menganjurkan beberapa aktiviti dan program yang melibatkan penasihatan murid. Bukan itu sahaja, program mentor-mantee juga dirancang dan dilaksanakan oleh pihak kaunseling dengan melibatkan semua guru dan murid supaya tiada murid yang tercicir akibat ketidakprihatinan sesetengah guru.
Kesimpulannya, peranan penasihat adalah sangat penting kepada pengekalan pelajar dan kepuasan pelajar terhadap insititusi (Lowe & Toney, 2000) Selain itu, bimbingan, penasihatan, dan mentoring merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunapakai untuk membantu pelajar-pelajar dalam aspek-aspek pembelajaran dalam kehidupan. Ketiga-tiga kaedah ini dikenalpasti sebagai satu strategi untuk membangunkan diri pelajar secara menyeluruh dan antara tujuan utama adalah untuk meningkatkan pencapaian akademik serta memotivasikan pelajar.

No comments:
Post a Comment