Rumusan
Topik 13: Pengurusan Alam Pembelajaran
Topik 13: Pengurusan Alam Pembelajaran
Alam pembelajaran didefinisikan sebagai sesuatu keadaan dan suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar pelajar dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku kearah yang lebih positif dan tidak tahu kepada tahu. Alam pembelajaran pula bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar para pelajar dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah yang lebih positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. Pengurusan alam pembelajaran ini penting bagi memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar, memastikan objektif tercapai serta tidak membosankan kerana dapat menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran tersebut.
Isu dan permasalahan ini seringkali ada di sesebuah sekolah seperti suasana pengajaran dan pembelajaran yang tidak selesa dan efisien. Hal ini demikian kerana, bilangan pelajar yang ramai dalam satu bilik darjah dengan ruang dan kawasan yang terhad. Selain itu, terdapat juga segelintir guru yang tidak menitikberatkan pengurusan alam pembelajaran ini. Sebagai contoh, guru kadang kala terlupa untuk mengambil kehadiran pelajar di dalam kelas, menghias kelas lambat dilaksanakan serta susunan meja kerusi di dalam bilik darjah tidak teratur.
Suasana di dalam kelas yang ceria dan tenang mampu meningkatkan perhatian murid di dalam kelas. Selain itu, ia dapat memudahkan guru untuk mengendalikan kelas. Bilangan pelajar yang terlalu ramai memberikan impak negatif kepada pengurusan alam pembelajaran serta mengganggu pembelajaran. Antara kepentingan pengurusan alam pembelajaran, guru akan memastikan suasana pembelajaran dalam keadaan yang kondusif dan selesa agar setiap aktiviti yang dirancang dapat mencapai hasil dan objektif pembelajaran. Selain itu, guru dapat bersedia sebelum memasuki kelas untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu, pelajar dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan tidak pulang dengan tangan kosong.

No comments:
Post a Comment