Rumusan
Topik 6: Pengurusan Sumber
Topik ini membincangkan mengenai pengurusan sumber yang dilakukan oleh pelajar dan juga guru. Sejajar dengan persekitaran sekolah yang kaya dengan pelbagai sumber pembelajaran, seseorang guru perlu menguasai kemahiran membuat keputusan yang bijak untuk memilih sumber pembelajaran yang sesuai dan seterusnya mengoptimumkan penggunaannya dalam bilik darjah. Seorang guru perlu menguasai kemahiran mengenalpasti semua sumber pengetahuan yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan kesan pengajarannya. Setiap sekolah akan dibekalkan dengan pelbagai sumber seperti bahan bercetak, kaset audio, pita video, perisian multimedia dan internet. Di samping itu, guru perlu mahir menggunakan bahan-bahan yang dikenal pasti itu dengan optimum untuk mencapai hasil pengajaran yang terbaik.
Pengurusan juga terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satuatau lebih entiti untuk tujuan menyelaras dan mengharmonikan kumpulan tersebut bagi mencapai sesuatu matlamat yang telah dirancangkan (Buck, 2010). Abdul Aziz Yusof (2004, 2007) menyatakan bahawa pengurusan merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan. Antara fungsi pengurusan termasuklah proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi serta menggunakan sumber-sumber yang lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yan telah ditetapkan.Sumber pula merujuk kepada sesuatu bahan yang boleh digunakan serta dimanfaatkanoleh manusia dalam aktiviti ataupun kegiatan seharian.
Terdapat beberapa jenis sumber atau alat bantu mengajar yang digunakan dalam membantu proses pembelajaran guru. Antara sumber yang digunakan ialah bahan bercetak, bahan teknologi maklumat dan juga bahan maujud. Walaupun jenis- jenis ini mempunyai ciri yang berbeza, namun ianya boleh digunakan bagi memastikan murid- murid memahami akan isi kandungan pelajaran serta mencapai objektifnya.
Sumber bahan bercetak didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan dan wujud secara fizikal. Selain itu, bahan ini boleh disentuh dan dibaca secara terus dan ianya mestilah dihasilkan melalui cetakan bukan daripada tulisan tangan. Sumber bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, esiklopedia, surat khabar, buku teks dan sebagainya.
Selain daripada itu, bahan teknologi maklumat juga salah satu sumber yang digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ramai murid yang menyukainya. Jika sumber ini digunakan secara berkesan, alat bantu mengajar ini dapat meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. . Antara kelebihan bahan ini ialah murid-murid akan lebih mudah untuk memahami apa yang diajar oleh guru dan dapat mengekalkan minat pelajar untuk pelajaran seterusnya sekaligus dapat meningkatkan prestasi akademik mereka.
Bahan maujud juga sering digunakan sebagai sumber dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahan maujud merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuhdan dipegang. Selain daripada itu juga, bahan ini merupakan bahan yang nyata yang adadisekeliling kita sama ada dalam keadaan hidup atau sudah diawet. Contoh bahan ini ialahkomputer, perkakas sains, alat tulis, bangunan dan sebagainya.
Pembelajaran berasaskan sumber berhasrat untuk melibatkan semua pelajar belajar secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut. Hal ini bermaksud, pelajar memainkan peranan penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Guru hanya bertindak sebagai pemerhati serta menjadi fasilitator kepada pelajar. Selain itu, peranan guru juga adalah mencari sumber yang sesuai untuk digunakan oleh pelajar manakala pelajar bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti berasaskan sumber tersebut. Sebagai contoh,sumber yang digunakan oleh guru untuk menjalankan aktiviti adalah sumber yang berasaskan komputer. Di sini, guru akan menyuruh pelajar mencari maklumat yang terdapat dalam computer untuk menjalankan aktiviti kumpulan.
Pembelajaran berasaskan sumber amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tanpa sumber, ilmu pengetahuan pelajar tidak akan berkembang disebabkan pelajar tersebut hanya berfokus kepada guru sahaja. Pentingnya sumber dalam pembelajaran ialah dapat membantu guru untuk menyampaikan ilmu agar lebih difahami oleh pelajar. Contohnya, guru yang hanya mengajar berasakan kepada teori saja tidak dapat memberi kefahaman yang maksimum kepada pelajar tanpa praktikal ataugambaran yang jelas bagi menerangkan mengenai sesuatu situasi tersebut. Oleh sebab itu, guru boleh menggunakan bahan seperti foto-foto yang berkaitan, slaid dan video untuk dilihat oleh pelajar bagi menambahkan kefahaman mereka.Sumber juga penting dalam pembelajaran pelajar agar pelajar tersebut tidak merasa bosan ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung.
Fungsi dan peranan pusat sumber.
Pusat sumber berkembang pesat dari waktu ke waktu dengan pelbagai fungsi dan peranan mengikut kesesuaian perkembangan pola kehidupan masyarakat, keperluan dan teknologi maklumat. Dari segi teknologi maklumat, pusatsumber juga berkembang daripada pusat sumber tradisional, semi tradisional, elektronik, digitals ehinggakan pusat sumber virtual dan perkembangan ini sejajar dengan fungsi dan peranannya.
1. Pusat kegiatan belajar dan mengajar.
Fungsi utama pusat sumber adalah sebagai tempat rujukan utama bagi kegiatan belajar dan mengajar. Para guru dan pelajar akan sentiasa membuat rujukan dan mencari bahan daripada perpustakaan. Para guru akan mencari bahan yang bersesuaian bagi membuat persediaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Para murid boleh mencari rujukan untuk menambah baik latihan dan untuk menambah bahan ulang kaji mereka. Selain itu, murid-murid boleh mencari bacaan hiburan seperti novel atau buku-buku cerita kanak-kanak untuk menambah minat membaca dalam diri masing-masing.
2. Mengisi masa lapang.
Seterusnya, fungsi dan peranan pusat sumber juga berperanan sebagai tempat untuk mengisi masa lapang dengan melakukan perkara yang berfaedah. Hal ini demikian kerana, dengan adanya pusat sumber, mereka terutamanya pelajar yang mempunyai masa yang terluang akan mempunyai tempat bagi mengisi masa mereka. Mereka tidak akan membazirkan masa di tempat yang tidak berfaedah seperti di pusat membeli-belah, kedai makan atau di tempat-tempat yang terbuka seperti taman permainan dan taman rekreasi. Apabila mereka datang ke pusat sumber bersama kawan, mereka bukan sahaja dapat mengisi masa lapang dengan baik tetapi dapat menambah maklumat melalui pembacaan pelbagai bahan rujukan ilmiah yang telah disediakan.
3. Pusat perkembangan idea dan kreativiti.
Pusat sumber juga menjadi pusat bagi perkembangan idea dan kreativiti. Hal ini demikian kerana pusat sumber sekolah bukan sahaja berperanan sebagai pusat ilmu, tetapi turut berupaya membekalkan kemudahan dan perkhidmatan bagi guru-guru yang kritis dan inovatif. Pusat sumber yang aktif bukan sahaja menyediakan bahan-bahan bacaan semata-mata tetapi turut menganjurkan pelbagai aktiviti yang berterusan bagi mengembangkan daya pemikiran, kreativiti dan imaginasi para pelajar dan guru. Sebagai contoh, guru atau pihak pusat sumber boleh menganjurkan pelbagai pertandingan seperti pertandingan bercerita ataupun anugerah NILAM.
4. Pusat profesional
Pusat sumber sekolah juga berperanan sebagai pusat profesional. Pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh pusat sumber akan meningkatkan iktisas keguruan daripada aspek kerja berkumpulan dan usaha-usaha meningkatkan prestasi serta kemajuan pendidikan di sesebuah sekolah. Rancangan- rancangan perkembangan staf dan latihan dalaman boleh dijalankan melalui perkhidmatan yang disediakan oleh pusat sumber sekolah.
Sebagai kesimpulannya, penggunaan sumber dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan kepahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu juga, guru-guru dapat menyampaikan sesuatu pengajaran yang lebih berkesan lagi berpandukan kepada sumber sebagai rujukan dalam membuat persedian mengajar. Sumber manusia merupakan aset terpenting dalam sesebuah organisasi di sekolah. Dalam era globalisasi, persoalan daya saing dan daya tahan sesebuah organisasi menjadi fokus masa kini. Sesungguhnya pengurusan sumber manusia berupaya memastikan kelestarian sesebuah organisasi itu.

No comments:
Post a Comment